werk

i love u sayang... :)

Daisypath Anniversary tickers

Monday 17 December 2012

Hari Bahagia bakal menjelma :p

setelah beberapa tahun aku menunggu,
akhirnya jeng jeng jeng......

Insyaallah kalau tak ada apa-apa yang menghalang,
dan tertulisnya aku dengan si dia,
maka kami akan diijabkabulkan pada 31.1.2013.
sepatutnya aku akad nikah 8hb Februari tu, 
tapi tarikh yang aku pilih tu dalam kelendar islam jatuh kepada hari dajal,
orang-orang tua cakap jangan pilih hari dajal.
aku pun tak faham sebenarnya apa itu hari dajal,
maklumlah orang-orang lama ni banyak berpantang larang.
Jadi, aku pilih la hari lain untuk menyedapkan hati mereka.
hihihihihi... :p

10 Februari 2013 jatuh kepada hari raya Cina,
aku pilih tarikh ni sebab time ni kan cuti,
tambah-tambah hari tu hari baik(orang tua lagi cakap),
dan member2 aku pun tak boleh bagi alasan dah :p
korang kena datang kenduri aku nanti tau.
takde dah alasan tak cuti ke apa lah, time tu cuti ok :p
dan maklumlah rumah aku ni jenis rumah kedai,
kalau lah aku buat kenduri time tak cuti, 
memang kecoh la dengan orang menjual lagi,
so, aku terpaksa pilih tarikh di mana kedai-kedai lain tutup
dan hanya rumah aku yang berkuatkuasa hari tu, hihihi :D

sekarang aku tengah membuat persiapan,
oh...kalau dikira-kira dah berapa riban dah aku habis,
tapi takpelah sekali seumur hidup aku jugak,
dan aku buat pun mengikut kemampuan aku je, 
takdelah sampai berhutang sana sini,
asalkan majlis kami nanti meriah walaupun simple2 je, 
tambah-tambah kedatangan korang lagi menyerikan majlis kami,
cewah...ayat manis di mulut tak :p
draft kad undangan pun dah siap, tunggu di cetak dan 
aku pun boleh edar-edarkannya. :)
baju sanding pun on the way,
pelamin semua takpe,
semua dah ada kat kedai aku,
jadi, untunglah di situ,
tak payah nak menyewa-nyewa bagai.
insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar :)

doakan aku ye kawan-kawan,
semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala yang dirancang.
Amin. :)


Sunday 1 July 2012

nikah?

lama sudah aku menyepi. 
dan lama jugaklah aku tak bukak laptop.

hari ni aku bosan gila tak tahu nak buat apa.
takkan lah nak tido je sepanjang masa kan.
so, aku online facebook.
tiba-tiba....

jeng jeng jeng....

hahahahaha.
aku terbaca member aku ada post pasal nikah khitbah ni.
aku komen lah.
aku pun tak pasti sebenarnya apa itu nikah khitbah.
jadi, aku rajinkan diri untuk buka google.
hahaha
rupanya nikah khitbah tu nikah gantung.

tiba-tiba rasa cam diri ni perlu lak nikah khitbah.
hahahahha, gatal tak?
bukan gatal lah korang,
lagipun insyallah aku dengan tunang aku akan 
melangsungkan perkahwinan kami
pada tahun hadapan. 

mula-mula, bakal abah mertua suruh kahwin lepas raya ni,
tapi aku taknak, 
aku cakap tahun depan.
so, dia pun setuju.
menyesal sebenarnya cakap tahun depan.

aku tak gi kursus kahwin lagi tau.
sedih.. :(
orang lain yang tak tahu kahwin bila pun dah pergi.
aku yang dah tunang ni,
sijil kursus kahwin pun takde. :'(

so, aku kena pergilah jugak.
insyallah bulan depan aku dengan tunang aku akan gi kursus kahwin.
kalau lah diberi restu oleh ma dengan abah aku, 
dan abah dengan ibu sebelah pihak lelaki,
aku akan melangsungkan nikah khitbah dengan aidil lepas raya ni.
insyallah.....
tak lama pun, 
nanti tahun depan kitorang akan buat kenduri.
hihihi
bukan apa, 
mengelakkan daripada melakukan benda2 yang tak baik,
lagipun time nak buat persiapan kenduri tu, 
confirm2 lah aku dengan aidil kerap berjumpa kan,
hahaha.....


apa komen korang?
salah tak kalau 
siti dengan aidil nikah khitbah?
bukannya nikah lari ke apa kan..
hihihi....

kalau lah tak jadi nikah khitbah lepas raya ni, 
tahun depan jugaklah kami kahwin.
hihi. 
doakan kebahagiaan kami tau,
setakat ini kami masih lagi bahagia dan bahagia
seperti orang baru bercinta
walaupun kami sudah nak dekat 7tahun bercinta.

terima kasih ya Allah kerana memberikan kebahagiaan ini kepada kami,
Amin.....

Tuesday 6 March 2012

balik lagi :p

duit aku habis ke beli tiket bas je balik.
dari shah alam ke machang,
dari machang ke shah alam. 
memang muka aku ni orang cop muka kaki naik bas,
hahahaha :p

apa-apa pun,
aku takkan lupa tanah tumpah mula-mula darah aku,
iaitu Machang, Kelantan.
walaupun orang cakap situ takde pape,
tapi kenangan aku kat situ banyak.
walaupun lepas ni aku terpaksa melangkah lebih maju
demi masa depan aku, 
mungkin aku kena berubah angin duduk negeri orang
tapi...
MACHANG 'tetap dihatiku'
:)

Monday 5 March 2012

muka happy giler, tengah tunggu tunangku yang tersayang :)

hari ni aku yang ambik aidil, selalunya aidil yang datang ambik aku kat shah alam. jauh tu jauh la jugak, mana tak nya shah alam ke ampang tu. aku dah lar tak tahu jalan nak gi ampang. :( tapi disebabkan rindu merindui, aku beranikan diri la pergi ampang sorang2 cari rumah aidil tu. 

tengahari tu kitorang g seremban dulu sambil2 gi tengok sepupu aidil exciden. 
Ya Allah, aku tak leh dok lama2 hospital tu... 
sepupu dia koma, duduk kat wad ICU. 
bila aku tengok keadaan sepupu dia, aku terus teringatkan arwah mak aidil. 
bila teringat, mata aku dah merah dah. 
tiba-tiba aidil pulak cakap 'Teringatlah kat arwah mak masa dia sakit dulu'. 
Ya Allah, hanya tuhan je tahu perasaan aku, mula2 aku nak tahan nangis tapi 
tiba-tiba bila aidil cakap macam tu, mengalir lah jugak air mata aku. 
tapi aku cuba sembunyikan dari aidil, aku taknak tengok dia sedih.
 aku cuma mampu pegang bahu dia dan cuba buat dia senyum. aku taknak tengok dia nangis.

balik je dari seremban, masa tu dah pukul 4 petang, 
aidil bawak aku ke balakong, katanya nak tunjuk bakal rumah kiteorang bila dah kahwin, hihihi :p 
rumah tu dah settle bayar, kira tak de hutang dah lar, rumah abah dan arwah mak dia. 
dia kata rumah tu bakal jadi rumah dia atau rumah kitorang la. 
hihi, bila tengok, tak sabar pulak aku nak kahwin dan mulakan hidup baru dengannya. :) 
hihihihi, gatal tak? :p

lepas tu g makan mac'de, perut dah bunyi2. 
masa tu drive thru je sebab kitorang nak cepat2 g hentian putra, nak hantar barang-barang,
 kan aku dah nak habis sem :)

petang tu aidil bawak aku gi shopping :) 
yeay! aku memang suka bershopping :)
kitorang gi times square, memang aku dah tak tahu nak beli apa,
 rambang mata tengok barang2 murah dan sale ni, 
jadi aku beli lah baju dengan seluar jeans :)

thanks sayang sebab belanja shopping :p

masa nak hantar dia, dia pulak bawak aku g tengok pemandangan kat bukit permai, 
bukit tu macam bukit ampang lah, sumpah lawa, dapat tengok pemandangan kl dari atas. 
fuhh... kalau lah ada rumah kat situ mesti best, tenang je aku rasa :) 

aidil cakap dia bukan jenis romantik, 
tapi bila bersama aku, dia belajar macam mane nak jadi romantik :)
hihi, aku cakaplah bagus lah..
 tapi aku pun tak minat sangat romantik2 ni, tapi kalau half romantik, half lagi rock, ok je.. 
sebab aku pun macam tu, huhu :p
nasib baik la aidil tahu apa yang aku minat :p
aku dengan dia memang sehati sejiwa dah :)

aku hantar dia dalam kol 10.30.
 aduh, aku kena cepat ni sebab kolej aku boleh masuk sampai kol 11.00 malam. 
maklumlah, pelajar UiTM lah katakan, kenalah disiplin sikit :p
punyalah laju aku bawak kereta, 
dah lah kereta viva yang aku sewa tu kereta baru, memang best lah bawak.
aku bawak je, padahal tak ingat sangat jalan ampang ke shah alam ni, hihi :p
nasib baik lah betul2 sampai depan kolej aku kol 11.00malam.
memang aku 'kl drift' la malam tu, nasib baik tak jadi apa-apa. alhamdulillah :)
hihi...

semalam adalah hari yang sangat penat. tapi aku gembira sangat2. :)
alhamdulillah :)
semoga kebahagiaan itu bersamaku selamanya
amin :)



Friday 2 March 2012

mimpi

aku memang suka mimpi. kadang-kadang mimpi tu yang buat aku senang hati, gembira. 
kadang-kadang aku mimpi sampai aku malas nak bangun, mana taknya mimpi aku ni berepisod tahu tak.
hihi. aku suka mimpi tentang kehidupan aku. memang tiap kali aku tidur, aku akan mimpi lah. itu adalah salah satu sebab aku suka tidur. :) 

              tapi semalam, aku mimpi lain. 
mimpi yang membuatkan aku bangun dari tidur sampai aku termenung seorang diri.

emmm... aku taknak perkara-perkara yang aku mimpi semalam menjadi kenyataan.
aku takut.... 

lama jugaklah aku termenung depan meja. aku taknak semua tu berlaku.
ya allah, jauhkanlah diri aku daripada semua benda tu. 
              
 aku taknak semua tu berlaku terhadap aku.
:'(

Monday 27 February 2012

         hari ni dia bagitahu aku tentang perasaannya terhadap aku. haha. macam mula2 baru bercinta kan. kiteorang bergelak ketawa bersama-sama dan dok cerita pasal mula-mula kita kenal dulu, masa mula-mula dia kenal aku dan ngorat aku, hihi. dan tiba-tiba aku tanya dia 'macam mane kalau saya dah takde nanti, takpun kita takde jodoh untuk bersama, mesti awak akan cari orang lain kan'?
         jawapan dia memang aku takkan lupa sampai bila-bila. dia cakap 'walaupun saya terpaksa ada orang lain, saya takkan sayang orang lain macam mana saya sayangkan awak sekarang sebab selama ni awak yang dah ajar saya erti kehidupan, erti percintaan. saya akan sayang awak sampai bila-bila dan insyallah kita akan bersama sayang'.

Ya Allah, hanya tuhan je tahu perasaan aku time tu. aku bersyukur sangat Ya Allah sebab kau temukan aku dengannya. aku harap hubungan aku dengannya tak sia-sia. kami bahagia sangat-sangat..

ni gambar aku ambik tadi. hihi. muka lapar nak gi makan ayam dan burger Mc'Donald. :)

Tuesday 21 February 2012

:p :p :p


sayang awak sangat-sangat. awak boleh bahagiakan saya. saya tahu. awak lelaki yang paling baik. selama 6tahun kita kenal ni, awak dah banyak berkorban untuk saya sayang. awak, i love u so much AIDIL ADHA. tak sabar dah nak kahwin dengan awak sayang. : hihi

Sunday 19 February 2012

sayang :)

letih tak hilang lagi. mana tak nya, 7jam dalam bas. sakit tulang belakang aku, hihi. tadi masa kat gombak, dalam bas lagi masa tu, ya allah sakitnya perut aku tuhan je tahu. nak gi toilet, driver bas tak berhenti. terpaksa la aku tahan sampailah ke hentian putra, kuala lumpur. :(

nak naik ktm, malas nak tunggu. lagipun kalau aku naik ktm, aku kena naik dua lagi bas untuk ke uitm puncak perdana. uhhh.... nak suruh abang aku datang ambik tapi kesian lak asyik dia je jadi mangsa hantar balik aku tiap2 minggu. kacau kerja dia lak. jadi, saja nak menggedik, aku suruhlah tunang aku. hihi. motif sebenar nak jumpa sayang. :p sorrry ye sayang kalau menyusahkan awak.

           sampai je shah alam, aku ajak dia makan KFC. dia cakap dia kenyang. jadi, aku makanlah sorang. :( time kat kaunter tu aku nak bayar la sebab aku sorang je makan, tapi dia lak taknak bagi aku bayar. dia memang macam tu, aku memang tak sempat langsung nak belanja dia. tapi takpe sayang, nanti bila tiba masa, saya pulak yang akan belanja! awak tak boleh nak tolak dah lepas ni :p thanks sayang hantar saya balik :)

rumahku, syurgaku.

hanya 1hari 1 malam aku duduk di rumah. walaupun jauh, 7jam berada di dalam bas untuk sampai ke kelantan, tetapi aku gagahkan diri untuk pulang menemui ibuku yang tercinta. disebabkan aku teringin makan masakan 'ma' aku pulang jugak walaupun hanya sehari sahaja sempat bersama. aku sayangkannya. aku sayangkan keluargaku. ma....

kakngah nak ma tahu yang kakngah sayang sangat2 kat ma :')

Monday 13 February 2012

shooting hari ke3 :)


setelah 3 hari penat, kurang tido gara2 shooting punya pasal akhirnya, shooting dah wrap! yeay.....
tadi kol 5, kitorang dah nak wrap dah tiba2 hujan  lak. terpaksalah tunda tunggu hujan reda. dah kol 5.45 hujan redha. kol 6 kitorang sambung shooting lak.
                  aku dah serba salah dah ni, aku janji dengan tunang aku kol 6 nak jumpa. sbb aku ingatkan shooting kitorang abis kol 5.30, tapi gara2 hujan tadi shooting kitorang tergendala dan abis lambat. adui... sejam lebih kot aidil, tunang aku tunggu aku kat tasik shah alam sorang2. kesian dia.
jam dah kol 7.05 dah, aku tunggu driver van lak sebab nanti dia yang akan hantar aku kat bandar shah alam :) tapi tunggu punya tunggu kol 7.30 baru aku dapat jumpa aidil :(

hihi, tapi sempat lagi masa menunggu tu aku ambik gambar,


muka senyum tak sabar jumpa aidil, hihi :D. aku happy sangat hari ni sebab aidil dari ampang ke shah alam dan rela tak gi kerja hari ni sebab nak jumpa aku dan nak pujuk aku disebabkan aku marah sangat2 kat dia. thanks sayang. perasaan marah aku dah hilang disebabkan pengorbanan yang dia buat tu. dan aku sangat hargainya. aku harap hubungan aku selama 6tahun ni tak sia2 dan takkan pudar. aku sayang dia dan aku tahu dia pun sayang aku. 
alhamdulillah, kami bahagia dan hope aku berkekalan dengan aidil, amin :)

Monday 6 February 2012

shopping :)

tadi aku dan tasha kononnya gi times square untuk project individual, kitorang kena shooting tapi ke lain lak jadinya, haha. nafsu membeli-belah tak dapat kami elak. duit makan untuk minggu ni dah abis dah aku guna untuk beli baju2. 
nampaknya minggu ni aku kena diet la, makan stok maggi yang banyak dalam loker aku tu, haha. tapi hari ni aku rasa puas bershopping. duit tak banyak sangat habis tapi baju dapat banyak. insyallah bila ada duit lebih lagi, aku nak gi melepaskan gian nafsu bershopping lagi.. hihihihihi :p


Saturday 4 February 2012

keseorangan :(

semalam aku naik bas, dah lar naik bas terpaksa duduk atas lantai gara-gara tiket bas takde. tapi takpelah sebab my mum suruh balik, maybe dia rindu sangat2 kat aku kot, aku relakan je. hihi.

hari ni aku tak tahu dah nak buat ape :( my mum busy dengan kerja, aku dengan adik aku je kat rumah ni. kitorang nak gi tengok anak saudara aku kat pasir puteh jap lagi, dah rindu sangat2 kat budak nama syamil, haha. :)

perut dah bunyi2, aku tak tahu nak keluar gi makan dengan sape. selalunya tunang aku yang akan datang ambil aku kat rumah dan bawak aku gi makan. tapi dia tak balik kelantan cuti ni. aku sorang-sorang je ni. tak tahu nak gi makan dengan sape. nampaknya diet la aku, takpun gi makan sorang2, hihi :) peace :p



Friday 3 February 2012

love :)

saya tahu awak boleh bahagiakan saya sayang.. :)
dan saya tahu bila kita gaduh, itu boleh buat kita lagi sayang menyayangi.
thanks sayang :)
i love u so much sayang, FULLSTOP!



Wednesday 1 February 2012

lelaki terlalu egois. perempuan terlalu emosi. tak de bezanya. :)

mesej la saya awak, call la saya.. saya rindu awak... 
saya nak balik kelantan ni, kalau boleh saya nak balik dengan awak... please... :( 
saya rindu time awak dengan saya, gelak sama-sama. awak kelakar sangat. 
kita suka main cubit2, saya rindu tu. 
saya tak pernah gaduh macam ni dengan awak selama 6tahun lebih kita bersama. 
please sayang.... 
kalau awak tak nak balik pun, saya nak awak yang hantar saya kat stesen bas tu... :'(  






ku tetap menunggu :'(

ya, saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang, alhamdulillah.. :)

dalam hubungan tak semestinya indah je, mesti ada jugak gaduh2, terasa hati, kan.
bila bahagia rasa cam dunia ni kita je yang punya, bila sedih, emmm..... 
saya sayang awak, awak tunang saya. walaupun kita gaduh, saya tetap sayang dan ingat awak. 
saya tahu awak sedang rindu saya sekarang, cuma awak ego je. saya akan tunggu mesej dan panggilan awak. saya tahu awak akan cari saya. saya akan tetap menunggumu sayang :'(




my bestfriend :)

ni lah gendut-gendut saya kat puncak... :p
sayang sangat2 kat korang :)


Tuesday 31 January 2012

pesanan terakhir arwah

Dulu sebelum mak aidil meninggal, dia telah meninggalkan satu amanat. Jeng3. hihi. 
Arwah telah berpesan pada keluarganya supaya masuk meminang selepas raya. 
Walaupun dapat berita gembira, namun tetap rasa sebak sebab mak aidil telah pulang ke rahmatullah.
 Masa tu baru je seminggu arwah meninggal. :'( 
Rasa terharu sangat dengan permintaan arwah tu. 
Saya sayangkan arwah dan akan tetap sayangkannya 
sebab saya dah anggap arwah macam mak saya juga :(

*okay mood sedih dah habis :)

Ni gambar saya tunang hari tu, hihi.... 
hari ni dah masuk hari ke 149 sebenarnya saya dah jadi tunangan orang. :)  
kami dah couple dekat 6tahun dah sejak sekolah menengah lagi, hihi :) 
doakan saya kekal hingga ke jinjang pelamin tau dan kekal hingga akhir hayat. 
Amin :) 




Monday 30 January 2012

hari bahagia :)

saya dah berpunya tau.. :p 
tapi bukan sepenuhnya la, saya baru je bertunang, 
insyallah kami akan berkahwin pada................
(hihi, sebenarnya tak set date lagi) :p