werk

i love u sayang... :)

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 6 March 2012

balik lagi :p

duit aku habis ke beli tiket bas je balik.
dari shah alam ke machang,
dari machang ke shah alam. 
memang muka aku ni orang cop muka kaki naik bas,
hahahaha :p

apa-apa pun,
aku takkan lupa tanah tumpah mula-mula darah aku,
iaitu Machang, Kelantan.
walaupun orang cakap situ takde pape,
tapi kenangan aku kat situ banyak.
walaupun lepas ni aku terpaksa melangkah lebih maju
demi masa depan aku, 
mungkin aku kena berubah angin duduk negeri orang
tapi...
MACHANG 'tetap dihatiku'
:)

Monday 5 March 2012

muka happy giler, tengah tunggu tunangku yang tersayang :)

hari ni aku yang ambik aidil, selalunya aidil yang datang ambik aku kat shah alam. jauh tu jauh la jugak, mana tak nya shah alam ke ampang tu. aku dah lar tak tahu jalan nak gi ampang. :( tapi disebabkan rindu merindui, aku beranikan diri la pergi ampang sorang2 cari rumah aidil tu. 

tengahari tu kitorang g seremban dulu sambil2 gi tengok sepupu aidil exciden. 
Ya Allah, aku tak leh dok lama2 hospital tu... 
sepupu dia koma, duduk kat wad ICU. 
bila aku tengok keadaan sepupu dia, aku terus teringatkan arwah mak aidil. 
bila teringat, mata aku dah merah dah. 
tiba-tiba aidil pulak cakap 'Teringatlah kat arwah mak masa dia sakit dulu'. 
Ya Allah, hanya tuhan je tahu perasaan aku, mula2 aku nak tahan nangis tapi 
tiba-tiba bila aidil cakap macam tu, mengalir lah jugak air mata aku. 
tapi aku cuba sembunyikan dari aidil, aku taknak tengok dia sedih.
 aku cuma mampu pegang bahu dia dan cuba buat dia senyum. aku taknak tengok dia nangis.

balik je dari seremban, masa tu dah pukul 4 petang, 
aidil bawak aku ke balakong, katanya nak tunjuk bakal rumah kiteorang bila dah kahwin, hihihi :p 
rumah tu dah settle bayar, kira tak de hutang dah lar, rumah abah dan arwah mak dia. 
dia kata rumah tu bakal jadi rumah dia atau rumah kitorang la. 
hihi, bila tengok, tak sabar pulak aku nak kahwin dan mulakan hidup baru dengannya. :) 
hihihihi, gatal tak? :p

lepas tu g makan mac'de, perut dah bunyi2. 
masa tu drive thru je sebab kitorang nak cepat2 g hentian putra, nak hantar barang-barang,
 kan aku dah nak habis sem :)

petang tu aidil bawak aku gi shopping :) 
yeay! aku memang suka bershopping :)
kitorang gi times square, memang aku dah tak tahu nak beli apa,
 rambang mata tengok barang2 murah dan sale ni, 
jadi aku beli lah baju dengan seluar jeans :)

thanks sayang sebab belanja shopping :p

masa nak hantar dia, dia pulak bawak aku g tengok pemandangan kat bukit permai, 
bukit tu macam bukit ampang lah, sumpah lawa, dapat tengok pemandangan kl dari atas. 
fuhh... kalau lah ada rumah kat situ mesti best, tenang je aku rasa :) 

aidil cakap dia bukan jenis romantik, 
tapi bila bersama aku, dia belajar macam mane nak jadi romantik :)
hihi, aku cakaplah bagus lah..
 tapi aku pun tak minat sangat romantik2 ni, tapi kalau half romantik, half lagi rock, ok je.. 
sebab aku pun macam tu, huhu :p
nasib baik la aidil tahu apa yang aku minat :p
aku dengan dia memang sehati sejiwa dah :)

aku hantar dia dalam kol 10.30.
 aduh, aku kena cepat ni sebab kolej aku boleh masuk sampai kol 11.00 malam. 
maklumlah, pelajar UiTM lah katakan, kenalah disiplin sikit :p
punyalah laju aku bawak kereta, 
dah lah kereta viva yang aku sewa tu kereta baru, memang best lah bawak.
aku bawak je, padahal tak ingat sangat jalan ampang ke shah alam ni, hihi :p
nasib baik lah betul2 sampai depan kolej aku kol 11.00malam.
memang aku 'kl drift' la malam tu, nasib baik tak jadi apa-apa. alhamdulillah :)
hihi...

semalam adalah hari yang sangat penat. tapi aku gembira sangat2. :)
alhamdulillah :)
semoga kebahagiaan itu bersamaku selamanya
amin :)



Friday 2 March 2012

mimpi

aku memang suka mimpi. kadang-kadang mimpi tu yang buat aku senang hati, gembira. 
kadang-kadang aku mimpi sampai aku malas nak bangun, mana taknya mimpi aku ni berepisod tahu tak.
hihi. aku suka mimpi tentang kehidupan aku. memang tiap kali aku tidur, aku akan mimpi lah. itu adalah salah satu sebab aku suka tidur. :) 

              tapi semalam, aku mimpi lain. 
mimpi yang membuatkan aku bangun dari tidur sampai aku termenung seorang diri.

emmm... aku taknak perkara-perkara yang aku mimpi semalam menjadi kenyataan.
aku takut.... 

lama jugaklah aku termenung depan meja. aku taknak semua tu berlaku.
ya allah, jauhkanlah diri aku daripada semua benda tu. 
              
 aku taknak semua tu berlaku terhadap aku.
:'(